Frequently Asked Questions (FAQs)
Find answers to common questions about using our online services. From application steps to required documents and processing times, our FAQ section helps you navigate the platform with confidence.
Visible Light Transmission (VLT) bermaksud kadar peratus cahaya yang dapat menembusi
cermin kenderaan.
| Kedudukkan cermin | Kadar VLT Lama | Kadar VLT Baru |
|---|---|---|
| Cermin Depan (Windscreen) | 70% | 70% |
| Cermin Sisi Depan | 70% | 50% |
| Cermin Sisi Belakang | 70% | 25% |
| Cermin Belakang | 70% | 25% |
Tujuan utama pengemaskinian tersebut adalah bagi memberikan kemudahan dan pilihan
kepada pemilik-pemilik kenderaan mengenai dengan penggunaan cermin gelap pada
kenderaan. Dengan adanya kadar VLT cermin gelap yang baharu ini, ianya dihasratkan
akan dapat membantu mengurangkan haba (heat) dan sinaran UV (ultraviolet rays) yang
datangnya daripada matahari menembusi melalui tingkap cermin kereta, dan juga
mengurangkan tahap kesilauan semasa memandu.
- Adalah menjadi tanggungjawab bagi pemilik kenderaan (due diligence) memastikan kadar VLT bagi cermin gelap tersebut setelah dipasangkan kepada cermin kenderaan adalah mengikut spesifikasi kadar VLT yang ditetapkan.
- Setelah pemasangan cermin gelap yang dibenarkan, pemohon atau pemilik kenderaan tidak perlu membuat pemeriksaan di JPD.
Pemilik kenderaan hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut :
- Mengisikan dengan lengkap Borang Permohonan bagi Pemasangan Cermin Gelap.
- Borang permohonan boleh diperolehi di laman sesawang www.jpd.gov.bn atau di kaunter cawangan-cawangan JPD.
- Membuat pembayaran caj perkhidmatan sebanyak $20.00 bagi setiap sebuah kenderaan.
- Borang permohonan hendaklah dihadapkan untuk penilaian dan pertimbangan kebenaran di kaunter cawangan-cawangan JPD;
(Nota : Permohonan rasmi boleh dibuat sendiri atau diwakilkan sepertimana keperluan di dalam borang permohonan.) - Tempoh pemerosesan bagi kebenaran keatas permohonan adalah satu (1) hari atau “on the spot” iaitu semasa permohonan dihadapkan di kaunter.
Pada masa ini permohonan hanya dapat dibuat melalui perkhidmatan kaunter cawangancawangan, manakala borang boleh diperolehi dalam laman sesawang jpd.gov.bn. atau di kaunter cawangan-cawangan JPD.
Orang ramai bolehlah berurusan di kaunter cawangan-cawangan JPD untuk menghadapkan permohonan bermula Khamis, 1 Ogos 2024.
Boleh, pemasangan cermin gelap (tinted glass dan solar film) adalah mengikut kadar VLT yang dibenarkan iaitu cermin depan VLT 70%, cermin sisi depan VLT 50%, dan cermin sisi belakang dan seterusnya VLT 25%.
Tidak dibenarkan, pemasangan cermin gelap (tinted glass dan solar film) hanya dibenarkan bagi warna transparent dan neutral (bermaksud seperti warna yang kelihatan kurang warna tetapi mempunyai warna asas yang berubah dengan pencahayaan yang berbeza) dan tidak reflektif .
Ya, asalkan mengikut spesifikasi kadar VLT yang dibenarkan.
Di mana-mana syarikat atau perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemasangan
tinted glass dan solar film.
Tidak perlu, kecuali pemilik kenderaan berhasrat untuk menukar kadar VLT kepada kadar
yang baharu.
Untuk mengetahui kadar VLT asal (original) bagi cermin kenderaan masing-masing
bolehlah mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan daripada Stesen-Stesen Pemeriksaan
Kenderaan “Vehicle Inspection Station” yang berdaftar.
Manakala pemeriksaan kadar VLT asal (original) bagi cermin kenderaan masing-masing daripada mana-mana syarikat atau perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan VLT kenderaan adalah tertakluk atas kehendak pemilik kenderaan sendiri.
Manakala pemeriksaan kadar VLT asal (original) bagi cermin kenderaan masing-masing daripada mana-mana syarikat atau perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan VLT kenderaan adalah tertakluk atas kehendak pemilik kenderaan sendiri.
Borang kebenaran rasmi pemasangan cermin gelap boleh dibuatkan salinan (duplicate)
rasminya di kaunter cawangan-cawangan JPD, dan caj perkhidmatan sebanyak $5.00
akan dikenakan bagi setiap sebuah kenderaan.
Tidak perlu, memadai pemilik kenderaan tersebut mempunyai cermin gelap yang
digunakan adalah mengikut kadar VLT yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Darat.
- Adalah sebagai bukti kebenaran rasmi bagi pemasangan cermin gelap (tinted glass) mengikut kadar VLT yang baharu untuk simpanan pemilik kenderaan dan rujukan pihak penguatkuasaan.
- Adalah menjadi satu kesalahan jika pemilik kenderaan tidak membuat permohonan kebenaran rasmi terlebih dahulu sebelum membuat pemasangan cermin gelap (tinted glass dan solar film), dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda kompaun sehingga $500.00.
- Adalah menjadi satu tanggungjawab pemilik kenderaan untuk memastikan dan mengetahui kadar VLT yang dipasangkan di kenderaan masing-masing.
- Pemilik kenderaan hendaklah terlebih dahulu mengetahui kadar VLT cermin asal kenderaan sebelum pemasangan cermin gelap (tinted glass dan solar film). Contoh:
| Kedudukkan cermin | Kadar VLT yang ditetapkan | Kadar Kegelapan Tinted |
|---|---|---|
| Cermin Depan (Windscreen) | 70% | 30% |
| Cermin Sisi Depan | 50% | 50% |
| Cermin Sisi Belakang | 25% | 75% |
| Cermin Belakang | 25% | 75% |
VLT meter akan digunakan sebagai alat untuk memeriksa kadar VLT cermin gelap yang
dibenarkan.
Pemandu hendaklah menunjukkan bukti kebenaran rasmi yang dibenarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Darat bagi pendaftaran kadar VLT yang telah ditetapkan.
Ya, adalah menjadi satu kesalahan dan jika sabit kesalahan akan dikenakan denda
kompaun.
- Kesalahan Pertama dengan kadar kompaun sebanyak $100.00
- Kesalahan Kedua dengan kadar kompaun sebanyak $200.00
- Kesalahan Ketiga dengan kadar kompaun sebanyak $300.00
- Kesalahan Keempat dengan kadar kompaun sebanyak $500.00
Penggunaan tabir atau shades semasa kenderaan dipandu di jalan raya adalah tidak
dibenarkan dan ianya menjadi satu kesalahan, dan jika sabit kesalahan akan dikenakan
denda kompaun.
Kadar kompaun bagi penggunaan tabir atau shades semasa kenderaan dipandu di jalan raya adalah seperti berikut:
Kadar kompaun bagi penggunaan tabir atau shades semasa kenderaan dipandu di jalan raya adalah seperti berikut:
- Kesalahan Pertama dengan kadar kompaun sebanyak $100.00
- Kesalahan Kedua dengan kadar kompaun sebanyak $200.00
- Kesalahan Ketiga dengan kadar kompaun sebanyak $300.00
- Kesalahan Keempat dengan kadar kompaun sebanyak $500.00
